Nampaknya, selain daripada Samsung yang bakal memperkenalkan peranti MeeGo mereka kepada para pengguna tempatan pada bulan Ogos kelak, kini Asus turut sama akan memperkenalkan EeePC yang menggunakan MeeGo kepada para pengguna Malaysia pada minggu depan, dan akan membawakan tanda harga sebanyak RM799.
Kini, pembangunan Ubuntu generasi seterusnya mencapai fasa baru, dimana Ubuntu 11.10 Alpha 2 sudah pun boleh dimuat-turun oleh para pengguna seluruh dunia, membawakan kemaskini kernel, dimana ianya menggunakan kernel Linux 3.0 yang masih lagi dalam pembangunan, sekaligus membawakan sokongan kepada pelbagai perkakasan dan menambah-baik sokongan untuk perkakasan sedia ada.
Gen Kanai daripada Mozilla bakal mengadakan sebuah perjumpaan khas pada minggu hadapan di Malaysia, dimana bakal membincangkan berkaitan dengan memulakan komuniti Mozilla di Malaysia. Perjumpaan tersebut yang bakal diadakan pada 6 Julai 2011 di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur, dan para pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan minat dihalaman rasmi yang disediakan oleh beliau.
Majalah digital Sumber Terbuka atau Sumbu edisi keempat kini telah pun dilepaskan kepada umum. Majalah yang dihasilkan di dalam format PDF ini merupakan wadah daripada pihak Jom Linux bagi memperkenalkan apa itu Perisian Sumber Terbuka kepada seluruh warga Malaysia dan membina rakyat yang celik IT. Melalui edisi ke-empat ini, mereka terus membawakan pelbagai lagi perkara menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan rakyat tempatan.
Nampaknya, dalam sistem operasi Fedora generasi akan datang, iaitu Fedora 16 “Verne”, ianya akan menggunakan sistem fail Linux generasi akan datang, iaitu BTRFS. Untuk makluman, sistem fail Btrfs ini telah dibangunkan sejak dua tahun yang lepas, namun masih dilabelkan sebagai eksperimental sehingga kini. Walaubagaimanapun, ianya masih akan didatangkan dengan sokongan Ext4 seperti mana yang digunakan sekarang.






