Mozilla Labs Memperkenalkan TestSwarn

Mozilla Labs hari ini memperkenalkan salah satu projek terbaru mereka yang diberikan nama TestSwarn, yang mana membolehkan pengujian pengintegrasian untuk JavaScript. Projek sampingan untuk menyokong jQuery ini kini telah dijadikan projek rasmi Mozilla Labs.

Fedora 12 “Constantine” Alpha Sedia Di Uji

Setelah pelepasan Fedora 11 tempoh hari, ianya sudah menandakan yang mana pembangunan Fedora 12 sudah pun dimulakan. Fedora 12 bakal dikenali dengan nama kod Constantine, dan versi Alpha pertamanya sudah pun dilepaskan oleh para pembangunnya. Fedora 12 “Constantine” dijangka akan dilepaskan sebulan selepas Windows 7 dikeluarkan kelak.

Ubuntu Netbook Remix Membawakan Antaramuka Serba Baru

Buat masa ini, dua distro khas untuk netbook, Moblin dan Jolicloud terus berevolusi dari masa ke semasa membawakan antaramuka yang lebih menarik dan memudahkan pengguna. Hal ini telah membuka mata Canonical, dimana kini mereka turut sama membawakan antaramuka serba baru untuk Ubuntu Netbook Remix.

Google Mengemaskini Pelayar Web Chrome Untuk Linux

Google kini telah pun melepaskan kemaskini terkini untuk pelayar web Chrome bagi platform Linux. Kini, melalui Google Chrome 3.0.196.0 beberapa fungsi baru untuk para pengguna Linux, seperti kebolehan untuk mengimport bookmark, kata laluan yang disimpan, sejarah pelayaran dan enjin carian daripada Mozilla Firefox. Sekiranya anda menggunakan Ubuntu atau sistem operasi berasaskan Debian, anda sudah boleh mencuba Chrome hari ini.

Opera Bakal Memperkenalkan Opera Mobile Untuk Android

CEO Opera semalam telah mengesahkan yang mana mereka akan membangunkan Opera Mobile 9.7 khas untuk platform Android. Sebelum ini, beta pertama Opera Mobile 9.7 telah pun dilepaskan untuk platform Windows Mobile dan juga untuk pengguna Symbian. Pengumuman ini semestinya membawakan senyuman kepada semua pengguna Android.