Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan berita yang mana Linux Foundation mengambil alih kawalan ke atas domain Linux.com pada awal tahun ini, yang mana sebelumnya dijaga oleh SourceForge. Kini, mereka telah pun membawakan rupa baru untuk Linux.com yang mana tampak lebih menarik berbanding sebelumnya.
Dalam banyak-banyak distro di luar sana, Ubuntu Muslim Edition adalah salah satu distro Linux yang ditujukan khas untuk pengguna beragama Islam, yang mana didatangkan dengan pelbagai aplikasi khas untuk seorang muslim. Terkini, mereka telah menukar nama distro tersebut daripada Ubuntu Muslim Edition kepada Sabily.
Canonical telah pun memperkenalkan servis cloud-computing-nya yang tersendiri kepada para pengguna hari ini yang mana diberi nama Ubuntu One. Sama seperti servis simpanan fail dalam talian yang lain, seperti Dropbox, Ubuntu One juga menawarkan ruangan simpanan, yang mana memberikan ruangan percuma sebanyak 2GB, selain menyediakan ruangan sehingga 10GB pada harga $10 sebulan
Versi terkini perisian aplikasi pejabat sumber terbuka, OpenOffice.org 3.1 telah pun dilepaskan dan sedia untuk dimuat-turun. Seperti mana diketahui ramai, selain daripada perisian Microsoft Office, OpenOffice.org merupakan aplikasi pejabat yang diguna pakai oleh ramai pengguna.





