Cuba Android Di Komputer Melalui Live Android

Mungkin bukan semua rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk memiliki telefon pintar HTC dari Celcom untuk mencuba aplikasi Android. Untuk mengatasinya, anda boleh mencuba Live Android, yang mana membolehkan anda menggunakan dan menjalankan aplikasi Android pada komputer anda tanpa perlu mengubah sebarang tetapan komputer anda.

Firebug 1.4.0 Menyelesaikan Lebih 150 Permasalahan

Sekiranya anda giat membangunkan web, sudah tentu anda kenal akan Firebug, salah satu aplikasi yang mengintegrasikan dirinya bersama pelayar web Firefox untuk membolehkan anda menguji dan menyemak kod HTML dan CSS anda, dan beberapa perkara lain berkaitan dengan pembangunan web seperti debugging, eksplorasi DOM dan banyak lagi.

Android Bakal Memperkenalkan Eclair dan Flan Selepas Donut

Sekiranya anda perasan, Ubuntu memberikan nama mengikut abjad dan penggunaan nama haiwan dalam setiap versi baru yang dilepaskan oleh mereka. Sama seperti mereka, Google juga berbuat demikian pada sistem operasi mudah alih mereka, Android. Google mengguna pakai nama-nama makanan pada setiap versi terbaru Android.

VLC 1.0 Membawakan Sokongan Codec HD Terbaru

Setelah hampir 8 tahun, pemain video yang disukai ramai, VLC Media Player, akhirnya telah mencecah versi 1.0.0 (Goldeneye) dan membawakan sokongan kepada codec HD, seperti Dolby Digital Plus, TrueHD, Real Video 4.0, dan Blu-Ray Linear PCM. Melalui versi 1.0 ini juga, anda kini boleh mengubah toolbar mengikut citarasa anda dengan amat mudah sekali.

Persekitaran Desktop K (KDE) 4.3 RC1 Di Lepaskan

Mungkin buat masa ini ramai sudah sedar akan pembangunan persekitaran desktop K (KDE) versi seterusnya, iaitu versi 4.3. KDE 4.3 dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada penghujung bulan Julai ini, yang membawakan generasi baru KDE. Awal bulan ini, pihak pembangun KDE sudah pun melepaskan KDE 4.3 RC1, yang mana sudah boleh diuji dalam bentuk LiveCD.