Setelah memperlihatkan rekabentuk antaramuka Mozilla Firefox 3.7 dan Mozilla Firefox 4.0 untuk platform Windows, kini pihak pembangun Mozilla memperlihatkan contoh pertama antaramuka bagi Firefox 3.7 dan Firefox 4.0 bagi platform Linux pula. Sama seperti pada platform Windows, platform Linux juga bakal mengguna-pakai antaramuka pelayar web yang menyerupai Google Chrome, dimana tab diletakkan diatas ruangan alamat.
Canonical secara rasminya telah pun melepaskan sistem operasi Ubuntu Linux 9.10 yang mana dikenali sebagai Karmic Koala tepat pada tarikhnya, iaitu 29 Oktober 2009. Ubuntu 9.10 membawakan pelbagai perkara baru, dari pada skrin boot sehinggalah tema desktop yang kini lebih menarik berbanding sebelumnya. Ubuntu 9.10 turut membawakan pelbagai perkara baru yang menarik serta fungsi-fungsi baru yang menjadikannya sebuah sistem operasi yang amat menarik sekali.
Selain daripada OpenOffice.org, aplikasi lain yang menawarkan fungsi yang lebih kurang dengannya adalah AbiWord. Terkini, pembangun AbiWord telah pun melepaskan aplikasi AbiWord 2.8 yang mana memperkenalkan kebolehan untuk lebih daripada satu penulis bekerjasama pada satu dokumen melalui servis yang dikenali sebagai AbiCollab.
SeaMonkey merupakan salah satu projek daripada Mozilla yang mana membawakan aplikasi internet semua dalam satu. Terkini, versi stabil SeaMonkey 2.0 telah pun dilepaskan secara rasminya, membolehkan para pengguna melayari laman web dengan keupayaan sokongan emel dan newsgroup, klient IRC dan juga sokongan untuk edit HTML dengan mudah.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang pelancaran dan pelepasan sistem operasi Ubuntu Linux 9.10 yang diberikan nama kod Karmic Koala, dan menariknya anda sudah pun boleh menempah CD Karmic Koala secara percuma melalui laman khas Canonical, iaitu laman ShipIT. Walaupun ditawarkan secara percuma, Canonical mengalakkan anda memuat-turun distro terbabit terlebih dahulu.





