Tiny Core Linux 2.4 Hanya 10MB Sahaja

Distro Linux yang paling minima, dimana saiznya hanya lebih kurang 10 MB sahaja, iaitu Tiny Core Linux, telah pun melepaskan versi terkini sistem operasi mereka, iaitu Tiny Core Linux 2.4. Kemaskini terbaru ini membawakan kemaskini sekuriti, dan beberapa penyelesaian pepijat, selain membawakan sokongan kernel Linux 2.6.

Gentoo Linux Menyambut Ulang-Tahun Ke-10

Sempena dengan ulang tahun Gentoo yang ke-sepuluh, pihak pembangunnya sudah pun mengumumkan pelancaran LiveDVD edisi khas Gentoo Linux 10.0. Melaluinya, pihak Gentoo akan sentiasa mengemaskini pakej tersebut setiap beberapa minggu, membolehkan para pengguna menggunakan sistem operasi Gentoo yang terkini. Kemaskini boleh dilakukan secara dalam talian dengan mudah sekali.

Pemain Media VLC 1.0.2 Di Lepaskan

Setelah memperkenalkan vLC Player 1.0.1 dua bulan yang lepas, hari ini, pihak pembangun pemain media VideoLan ini melepaskan VLC 1.0.2 yang mana menyelesaikan beberapa masa sekuriti yang dikenal pasti pada versi sebelumnya itu. Pemain media VLC 1.0.2 ini diberikan nama kod Goldeneye. Selain daripada masalah sekuriti, VLC 1.0.2 juga membawakan sokongan dekoder untuk WMA Professional, dan menyelesaikan beberapa masalah berkaitan dengan OGG.

Moblin 2.1 Kini Menyokong Telefon Bimbit Pintar

Intel hari ini telah secara rasminya mengumumkan Moblin 2.1. Menariknya, Moblin 2.1 telah dibangunkan dengan membawakan sokongan kepada telefon-bimbit pintar, selain membawakan pengintegrasian beberapa laman sosial dalam bentuk widget, dimana anda boleh memilih laman sosial mana yang anda inginkan pada telefon Moblin anda.

Thunderbird 3 Beta 4 Membawakan Perubahan Fungsi Carian

Selepas melepaskan Thunderbird 3 Beta 3 tempoh hari, pihak Mozilla hari ini melepaskan Thunderbird 3 Beta 4 hari ini, yang mana dibangunkan menggunakan platform Gecko 1.9.1.3 dan membawa lebih 200 penyelesaian daripada Beta 3 tempoh hari. Beberapa fungsi baru juga turut sama diperkenalkan dalam Thunderbird 3 Beta 4 ini.