Selain daripada Firefox, OpenOffice merupakan antara perisian sumber terbuka yang amat berjaya. Malah pelbagai agensi kerajaan di Malaysia sedang melakukan perubahan daripada MS Office kepada OpenOffice kerana fungsi OpenOffice yang amat menarik. Malah, kini dengan versi 3.0, OpenOffice melangkah selangkah lagi ke depan dengan menawarkan pelbagai fungsi-fungsi menarik. Menyokong Mac OS-X Dari versi 3.0 ini, [...]
Pihak pembangun Wine baru sahaja mengeluarkan versi terbaru Wine 1.1.6. Bagi yang masih tidak mengenali aplikasi Wine, ianya adalah salah satu aplikasi khas untuk pengguna Linux, yang mana membolehkan mereka memasang perisian atau aplikasi yang dibangunkan untuk sistem operasi Windows. Melalui versi 1.1.6 ini, pelbagai masalah telah diatasi disamping menyokong X11. Anda boleh memuat-turunnya sekarang, [...]
Adakah anda selalu menghadapi masalah menguruskan fail seperti menjumpai sesuatu fail dengan banyak salinan, pautan yang membawa kepada fail-fail yang tidak wujud, dan juga fail-fail sementara yang tidak dipadam secara automatik? Kini anda tidak lagi perlu risau dengan wujudnya aplikasi FSlint ini. Walaubagaimanapun, buat masa ini, FSlint hanya menyokong pelantar Ubuntu dan juga Fedora 9. [...]
FOSS.my 2008 adalah acara utama kumpulan sumber terbuka di Malaysia. Ini merupakan acara pertama yang mana dijangka akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Untuk tahun ini, FOSS.my akan diadakan di Asia Pacific Institute of Information Technology pada 8 November (Sabtu) dan juga 9 November (Ahad) dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Acara dua hari [...]
Teringin membuat permainan (game)sendiri? Kini anda boleh dengan Atmosphir. Atmosphir ialah salah satu permainan video 3D disamping menyediakan platform untuk mereka bentuk mengikut cita rasa anda. Yang menariknya, Atmosphir menyokong platform Windows, Linux dan juga Mac. Buat masa ini, ianya masih dalam peringkat beta tertutup lagi dan memerlukan jemputan untuk mencubanya. Anda boleh dapatkan jemputan [...]



