Ekonomi Tidak Menjejaskan Pendapatan Red Hat

Nampaknya ekonomi yang kurang stabil buat masa ini menguntungkan pembangun sumber terbuka, apabila banyak syarikat yang ingin mengurangkan kos dan beralih kepada perisian yang lebih murah serta percuma. Terkini, melalui pendapatan suku tahun ke-empat, Red Hat memperlihatkan pendapatan bersih yang meningkat jikalau dibandingkan dengan pendapatan bersih tahun lepas. Keuntungan yang didapati juga turut sama meningkat.

Ubuntu 9.04 Membawakan Skrin Boot Serba Baru

Selepas memperkenalkan tema baru beberapa hari yang lepas, kini Canonical sekali lagi memperlihatkan perkara baru pada sistem operasi yang dibangunkan mereka, Ubuntu. Terkini, mereka memperkenalkan skrin boot (USplash) yang serba baru dan ringkas. Bar loading digantikan dengan bar yang lebih kecil berbanding sebelumnya.

Cuba Chromium Pra-Alpha Sebagai Ganti Chrome

Pelayar web yang dibangunkan daripada kod sumber Chromium, Chrome sudah lama boleh digunakan dalam sistem operasi Windows, dan Google sudah pun mula membangunkannya untuk platform Mac OS X. Namun begitu, sehingga hari ini, masih tiada sebarang berita berkenaan pembangunannya untuk sistem operasi Linux. Walaupun dikatakan ianya sedang dibangunkan, masih belum kelihatan sebarang berita berkenaan dengannya.

Ubuntu 9.04 Bakal Memperkenalkan Tema-Tema Baharu

Mungkin ramai sudah sedia maklum yang mana Ubuntu 9.04 bakal membawakan antaramuka baru dengan beberapa fungsi yang menarik seperti Notify-OSD, dan banyak lagi. Sebelum ini pun, sudah dipertontonkan imej skrin log masuk yang serba baru dan menarik berbanding sebelumnya. Canonical baru sahaja memuat-naik beberapa tema untuk digunakan bersama pada Ubuntu 9.04, yang mana masing-masing diberi nama Dust, Dust Sand dan juga New Wave.

Mandriva Linux 2009 Spring RC1 Sedia Di Cuba

Mandriva yang dijangka akan menemui para pengguna pada 29 April ini, sudah pun mengeluarkan Mandriva 2009.1 Release Candidate 1 dalam dua variasi, iaitu 32-bit dan juga 64-bit. Melalui versi RC ini, Mandriva membawakan pelbagai perkara baru, termasuk Kernel 2.6.29, KDE 4.2.1, GNOME 2.26 RC, OpenOffice.org 3.0.1 dan pelbagai perkara lain lagi.