Setelah Ubuntu 11.04 dilancarkan pada minggu lepas, kini pihak pembangun Sabily telah pun melepaskan kemaskini terkini untuk sistem operasi mereka, iaitu Sabily 11.04. Seperti diperkatakan sebelum ini, Sabily 11.04 membawakan nama kod Al-Badr, dan dibangunkan berasaskan Ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Menariknya, adalah ianya juga turut sama membawakan antaramuka Unity, sama seperti pada Ubuntu.
Hari ini, secara rasminya pihak Canonical telah pun melepaskan versi pembangunan terakhir untuk Ubuntu 11.04, iaitu versi Beta kedua sebelum versi akhirnya dilancarkan secara rasmi dalammasa 2 minggu lagi, atau lebih tepat pada 28 April kelak. Melalui beta kedua ini, mereka lebih banyak mengemaskini Unity, yang mana akan menjadi persekitaran desktop pada Ubuntu 11.04 kelak.
Pihak pembangun Fedora hari ini telah pun mengumumkan nama rasmi untuk Fedora 16. Melalui suatu undian yang telah dijalankan, melibatkan lebih 421 undian, nama Fedora 16 ditetapkan sebagai Verne. Selain daripada Verne, beberapa nama cadangan lain untuk Fedora 16 adalah termasuk Beefy Miracle, Omoto, Nepia, dan Bonnet.
Seperti tahun-tahun lepas, aktiviti tahunan komuniti sumber terbuka akan turut diadakan, iaitu Malaysia Open Source Conference 2011. Tahun ini akan menyaksikan tiga hari penuh dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian informasi berkaitan pelbagai perkara dalam dunia sumber terbuka daripada pelbagai pengguna dari pelbagai bidang.
Melalui draft terkini yang diperlihatkan oleh pihak Mozilla, ianya menunjukkan yang mana Firefox generasi berikutnya, iaitu Firefox 5.0 kelak akan dilancarkan kepada umum pada 21 Jun kelak. Seperti sedia maklum, kini Mozilla menggunakan jadual pembangunan baru, dimana pembangunan Firefox dipercepatkan, dan dijangka Firefox 5, 6, dan 7 turut sama akan dilancarkan pada tahun ini.






