Bersempena dengan sambutan ulang-tahun Linux yang ke-20 yang bakal diadakan tidak lama lagi, LinuxFoundation telah menyediakan sebuah video ringkas, memperlihatkan secara ringkasnya asal-usul Linux dalam bentuk animasi yang amat menarik sekali. Bagi para pengguna Linux, dan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Linux, ianya sesuatu yang menarik untuk dilihat dan dikongsikan bersama.
Hari ini, pihak pembangun GNOME secara rasminya telah pun melancarkan persekitaran desktop mereka yang serba baru, dan dinantikan ramai, iaitu GNOME 3.0. GNOME 3.0 membawakan pelbagai perubahan besar, dari segi antaramuka dan juga pengalaman penggunaan komputer yang didatangkan bersama-sama dengannya, serta beberapa fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya.
Dengan teknologi yang berkembang dengan sihat, kini Canonical telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan program ShipIt, yang mana sebelum ini menyediakan perkhidmatan penghantaran CD Ubuntu secara percuma ke seluruh dunia. Bermula Ubuntu 11.04, Canonical tidak lagi akan menghantar CD Ubuntu secara percuma, sekaligus menjimatkan kos operasi mereka.
Setelah pembangunan demi pembangunan dilakukan, kini secara rasminya, Canonical mengumumkan pelancaran beta pertama untuk sistem operasi Ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Ubuntu 11.04 dijangka akan dilancarkan pada penghujung bulan ini, dimana sebelum versi akhir, Ubuntu 11.04 Beta 2 akan dilancarkan pada 14 April kelak.
Selain daripada majalah Edaran Sabily keluaran kumpulan Sabily Malaysia, kini pembangun JomLinux turut sama memperkenalkan majalah mereka tersendiri yang mana lebih ditujukan kepada keseluruhan industri sumber terbuka. Majalah yang dinamakan sebagai Sumbu itu kini boleh dimuat-turun, dan ianya dijangka akan dilepaskan setiap bulan selepas ini.






