Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya aplikasi pejabat yang kini bakal mengantikan OpenOffice, iaitu LibreOffice telah pun mencapai fasa Release Candidae pertama, dan para pengguna yang berminat sudah boleh memuat-turun LibreOffice 3.3 RC1. Masih banyak lagi perkara dan pepijat yang masih belum diselesaikan sepenuhnya, dan dijangka akan sedia untuk penggunaan semua pengguna pada versi akhirnya kelak.
Setelah sekian lama dirancang, kini pihak pembangun Ubuntu telah pun memperkenalkan klien Windows untuk perkhidmatan dalam talian mereka, iaitu Ubuntu One. Buat masa ini, klien Windows untuk Ubuntu One adalah masih lagi dalam peringkat beta, dan para pengguna yang ingin mengujinya perlulah terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai penguji, sebelum boleh memuat-turunnya.
Selain daripada Firefox, pihak Mozzila juga sedang giat membangunkan klien emel mereka, iaitu Thunderbird, dimana kini versi pembangunan alpha pertama untuk Thunderbird 3.3 telah pun dilepaskan dengan nama kod “Miramar”. Mozilla mengatakan yang mana versi pembangunan pertama ini dilepaskan kepada para penguji dan pembangun diluar sana yang menantikan generasi baru Thunderbird.
Mozilla terus membangunkan pelayar web Firefox, dimana kini ianya diperkatakan yang mana Firefox 4.0 Beta 8 akan tiba seawal penghujung bulan ini. Melalui jadual pembangunan, pembekuan kod untuk Firefox 4.0 Beta 8 akan dilakukan pada November 22. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah ianya akan dilepaskan kepada para pengguna. Sebelum ini, Mozilla telah pun mengumumkan yang mana Firefox 4.0 hanya akan menemui para pengguna pada tahun hadapan.
Secara rasminya, kini, versi terakhir dan stabil untuk Linux Mint 10 telah pun dilepaskan kepada umum dan sedia dimuat-turun. Linux Mint 10 yang dikenali sebagai “Julia” ini dibangunkan dengan berasaskan pada Ubuntu 10.10 yang dilepaskan baru-baru ini, membawakan kernel Linux 2.6.35, dan persekitaran desktop GNOME 2.32, serta X.Org 7.5. Selain daripada itu, Linux Mint 10 Julia turut membawakan pelbagai perkara baru yang menarik.






